WASHINGTON: Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro, berharap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tewas dalam pilihan raya negara itu, sambil mendakwa pemimpin berkenaan membawa Israel ke arah yang sangat berbahaya dan terasing.
Shapiro berkata demikian pada Rabu ketika berdebat dengan pencabar daripada Parti Republikan, Stacy Garrity, dalam debat pemilihan gabenor Pennsylvania.
“Rakyat Israel akan menentukan siapa yang patut menjadi pemimpin mereka dalam tempoh beberapa minggu lagi. Saya berharap bukan Benjamin Netanyahu,” katanya.
Shapiro, ahli politik Demokrat beragama Yahudi yang berusaha mempertahankan jawatan bagi penggal kedua, mendahului Garrity sebanyak 25 mata peratusan, menurut tinjauan terbaharu Universiti Quinnipiac.








