London: Jessica Korda kini bergelar ibu kepada dua anak perempuan selepas pemain golf Jelajah LPGA itu dan suaminya, Johnny DelPrete, mengumumkan kelahiran anak perempuan kedua mereka, Olivia Regina DelPrete.

Nama tengah Olivia mempunyai makna istimewa buat keluarga berkenaan kerana diambil sempena nama ibu Jessica, Regina Korda, bekas pemain tenis yang mewakili Czechoslovakia pada Sukan Olimpik Musim Panas 1988 di Seoul.

"Sekarang, ibu tidak lagi keseorangan dikelilingi lelaki," tulis Jessica menerusi hantaran di Instagram.

Olivia menyertai abang sulungnya, Greyson John DelPrete, yang dilahirkan pada Februari 2024.