SINTOK – Seramai 100 prospek dari 15 institusi penjara di seluruh negara membuktikan bakat dan kreativiti dalam bidang seni bahasa masih mampu berkembang meskipun sedang menjalani proses pemulihan di sebalik jeriji besi.

Bakat mereka diketengahkan menerusi Program Ruang Ekspresi Kreatif dan Apresiasi Bahasa (Reka) Zon Semenanjung 2026 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.

Program anjuran Jabatan Penjara dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM itu mempertandingkan empat kategori iaitu teater muzikal, lagu puisi, deklamasi sajak dan syair.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM, Dr. Maulana Al-Fin Che Man berkata, seni bahasa mampu menjadi medium untuk membina keyakinan diri dan menyemai nilai positif dalam kalangan prospek penjara.