Setakat 10 pagi ini, negeri di selatan semenanjung seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka paling teruk dilanda jerebu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan negeri-negeri di selatan Semenanjung Malaysia terus menjadi kawasan paling terjejas akibat jerebu.
IPU tertinggi dicatatkan di Kota Tinggi (170), Johor, manakala kawasan lain di negeri itu turut terus berdepan jerebu, iaitu Pasir Gudang (169), Pengerang (164), Larkin (159), Tangkak (155), Batu Pahat (152) dan Kluang (152).
Di Negeri Sembilan, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Seremban (166), Nilai (164) dan Port Dickson (152), manakala Pahang melaporkan kualiti udara yang sama di Balok Baru (162), Rompin (157) dan Indera Mahkota (130).








