ISTANBUL: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, semalam menandatangani perakuan bagi mengisytiharkan darurat di wilayah Khyber Pakhtunkhwa atas alasan situasi keselamatan, lapor Anadolu Ajansi.
Pejabat Zardari dalam satu kenyataan melalui platform X memaklumkan bahawa Presiden menandatangani perakuan dikemukakan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, berdasarkan Perkara 232 dan 234 Perlembagaan Pakistan.
Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat susulan nasihat Kabinet Persekutuan dan Perdana Menteri, laporan daripada institusi berkaitan mengenai situasi ketenteraman awam, serta 'kegagalan rundingan' dengan delegasi kerajaan.
Radio Pakistan melaporkan Menteri Undang-undang dan Keadilan, Azam Nazeer Tarar, berkata kuasa yang sebelum ini dijalankan oleh Ketua Menteri kini dipindahkan kepada Gabenor.









