KUANTAN – Semua institusi pendidikan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di daerah Kuantan dan Rompin ditutup sementara mulai esok ekoran keadaan jerebu yang semakin teruk di dua daerah itu.

Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga pukul 1 tengah hari tadi menyaksikan tiga lokasi menunjukkan status tidak sihat iaitu Rompin (156), Indera Mahkota Kuantan (123) dan Balok Baru Kuantan (161).

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang penutupan institusi berkaitan termasuk sekolah akan dilakukan sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan.