Ketua Menteri Hajiji Noor berkata melalui perancangan bijak dan kerjasama erat Sabah mampu membangunkan bandar lebih selamat, bersih dan berdaya tahan untuk generasi akan datang. (Gambar Bernama)KOTA KINABALU: Bandar di pesisir perlu mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar serta memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim bagi menjamin kemampanan pembangunan jangka panjang, kata Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.
Beliau berkata, bandar pesisir yang juga pusat perdagangan, pelancongan dan aktiviti ekonomi turut berdepan dengan risiko peningkatan paras laut, cuaca ekstrem dan pencemaran.
“Melalui perancangan yang bijak dan kerjasama erat, kita mampu membangunkan bandar yang lebih selamat, bersih dan berdaya tahan untuk generasi akan datang,” katanya pada majlis perasmian Dialog Mayor Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIMD) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, hari ini.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAnnessaTan1_502210.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)