KAJANG – “Saya minta maaf. Saya nak cepat, nak jalan kaki ke depan sana sebab anak saya kemalangan,”

Itu kata-kata seorang ibu yang masih terngiang-ngiang di fikiran Mohammad Jalalluddin, 37, sebelum dia mengambil keputusan membonceng wanita berkenaan meredah kesesakan untuk ke lokasi kemalangan maut di Lebuh Raya Cheras-Kajang, semalam.

Lebih memilukan, wanita tersebut ketika itu dipercayai belum mengetahui bahawa anak lelakinya Muhammad Arifat Shaion, 23, sudah meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Mohammad Jalalluddin berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pekan Batu 9 dan b