KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membenarkan permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mengeluarkan notis berhubung cadangan pembatalan pendaftaran dan perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu.

Bagaimanapun, Hakim Azizan Md. Arshad tidak membenarkan penangguhan sementara penggantungan semua aktiviti gabungan parti Pas, Gerakan, MIPP, Wawasan, dan Pejuang sebaliknya permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) untuk menggantung pelaksanaan notis penggantungan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 22 Oktober ini.

RoS dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telahmengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa 23 September lalu mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan pada 22 September 2026.