MELAKA: Hasrat DAP untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, disifatkan sebagai cita-cita politik terlalu besar dan tidak berpijak pada realiti perkembangan semasa.
Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Kamaruddin Sedik, berkata meskipun Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis pada PRN lalu, landskap politik kali ini dijangka berbeza, khususnya jika kerjasama antara BN dan gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN) dapat direalisasikan.
Beliau berkata, perkembangan politik semasa serta perubahan kecenderungan pengundi berpotensi memberi kelebihan kepada BN untuk mempertahankan Duyong, sekali gus bakal menggagalkan hasrat DAP menawan kerusi berkenaan.









