KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyumbang sembilan unit kenderaan kepada dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), iaitu IPD Hulu Selangor dan IPD KLIA, sebagai sokongan terhadap usaha penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan awam di Selangor.
Sumbangan menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu membabitkan tujuh unit Perodua Ativa dan dua unit Perodua Aruz bagi membantu meningkatkan keupayaan operasi pihak polis melaksanakan tugas harian.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata sumbangan itu mencerminkan penghargaan syarikat terhadap peranan polis dalam menjaga keselamatan negara serta komitmen anggota pasukan keselamatan kepada masyarakat.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSS1ddd_297864.png&w=480&output=webp&q=85&we)
