TEL AVIV: Pihak berkuasa Israel merobohkan kira-kira 80 rumah di perkampungan Palestin Al-Dhahiya di wilayah Negev, selatan Israel, pada Isnin, menyebabkan kira-kira 400 penduduk kehila­ngan tempat tinggal.

Ia berlaku di tengah-tengah tuduhan bahawa Menteri Kese­lamatan Negara berhaluan ekstrem kanan, Itamar Ben-Gvir, menggunakan perobohan rumah sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya.

Penyiar awam Israel, KAN, melaporkan bahawa pasukan daripada Pihak Berkuasa Tanah Israel, diiringi pasukan polis tambahan di bawah kementerian pimpinan Ben-Gvir, merobohkan kira-kira 80 rumah di Al-Dhahiya, sebuah perkampungan yang tidak diiktiraf di utara bandar Rahat, atas alasan kediaman berkenaan dibina tanpa permit.