PUTRAJAYA – Kerajaan, Ketua Polis Negara dan dua pihak lain berjaya dalam rayuan mereka mengetepikan untuk mengetepikan saman yang dikemukakan ibu model warga Belanda, Ivana Esther Robert Smit.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan selepas membenarkan rayuan empat pihak itu selaku perayu.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Ong Chee Kwan dan Hakim K. Muniandy.
Sebelum ini dalam prosiding lalu, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin yang mewakili perayu ketika berhujah mengatakan Mahkamah Tinggi secara jelas telah tersilap dalam mengenakan kewajipan berjaga-jaga ke atas polis berhubung siasatan cuai yang didakwa terhadap si mati.









