MARUDI: Sebanyak sembilan buaya berjaya ditangkap dalam operasi selama dua hari, di sini dengan seekor daripadanya berukuran sepanjang 5.18 meter.
Operasi berkenaan dilaksanakan Team Eric Cat dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC), membabitkan tujuh buaya yang ditangkap semalam, manakala dua lagi berjaya ditangkap hari ini.
Berdasarkan maklumat dikongsikan Team Eric, buaya pertama yang ditangkap hari ini berukuran 5.18 meter dan dikenal pasti sebagai buaya jantan, manakala seekor lagi berukuran 3.66 meter.
Kejayaan itu menjadikan jumlah keseluruhan buaya yang ditangkap dalam tempoh dua hari berkenaan meningkat kepada sembilan ekor.








