MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila pada November, menurut akhbar Inquirer, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Perkara itu disahkan Jurucakap Presiden Filipina, Claire Castro, hari ini.
"Ia telah disahkan (Trump akan hadir)," kata Castro pada taklimat media, menurut akhbar berkenaan.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Mesyuarat Berkaitan akan berlangsung di Manila, ibu negara Filipina, dari 16 hingga 18 November depan. - BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI








