BATU PAHAT – Remaja lelaki yang disyaki membunuh rakan sekelasnya, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada 3 Oktober lalu, dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
Pelajar berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas gadis itu akan dihadapkan ke mahkamah di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno pada pukul 9 pagi.
Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, pada minggu lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad memaklumkan kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.






