PETALING JAYA – Astaka Padu Sdn Bhd (Astaka Padu) dan Kimlun Corporation Berhad (Kimlun) mengumumkan kerjasama terbaharu mereka menerusi pembangunan bersama Amora Serviced Residence (ASR), sebuah pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM450 juta.

Ini adalah susulan daripada sambutan pasaran yang amat menggalakkan terhadap projek sebelum ini iaitu, Arden @ One Bukit Senyum.

Menandakan kerjasama kali keempat antara kedua-dua kumpulan berpengalaman dalam bidang pembangunan hartanah dan pembinaan yang berpangkalan di Johor, projek baharu ini akan dilaksanakan menerusi syarikat usaha sama sedia ada mereka, Astaka Kimlun Sdn Bhd.

Usaha sama tersebut mencerminkan hubungan strategik yang semakin kukuh antara kedua-dua syarikat, dengan menggabungkan kepakaran Astaka Padu dalam pembangunan hartanah, penentuan kedudukan produk dan pemasaran bersama keupayaan pembinaan serta pengalaman pelaksanaan projek Kimlun.