RIYADH: Kumpulan Houthi di Yaman berikrar meneruskan serangan terhadap kemudahan petrokimia dan lapangan terbang di Arab Saudi dalam beberapa hari akan datang ketika ketegangan dengan Riyadh semakin memuncak.

Kumpulan berkenaan juga akan terus menyerang bangunan milik Saudi Aramco, syarikat minyak milik kerajaan yang menjadi tunjang ekonomi Arab Saudi.

Houthi pada Rabu lalu, turut mendakwa menyerang kemudahan Aramco di Dhahran, Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dan sebuah kilang penapisan minyak syarikat itu di Riyadh.

“Operasi itu dilaksanakan menggunakan sejumlah besar peluru berpandu balistik, pe­luru berpandu kruis dan dron,” kata jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Saree.