KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa, Kerajaan telah membayar lebihan pampasan antara RM400,000 hingga RM500,000 kepada Syarikat Semantan Estate Sdn Bhd (1952) pada tahun 1956.Tan Tat Khuan, 40, berkata, ia bagi pengambilan tanah seluas 106.542 hektar di Enklaf Duta yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Duta.Sebelum ini beliau menilai tanah di Mukim Batu itu mencecah RM875,000 hingga RM985,000, sedangkan Kerajaan selaku defendan telah membayar sebanyak RM1.39 juta."Jika mahkamah bersetuju dengan pengiraan saya sebanyak RM875,000 manakala penilaian kedua berjumlah RM985,000 maka tiada pampasan tambahan perlu dibayar kepada syarikat berkenaan."Kedua-duanya merupakan nilai terendah bagi jumlah pampasan yang dinilai," katanya ketika disoal Peguam Persekutuan Kanan, Nurhafizza Azizan yang mewakili defendan.Bagaimanapun, Tat Khuan berkata, kerajaan mungkin perlu membayar pampasan tambahan RM1.23 juta sekiranya mahkamah menerima penilaian yang dikemukakan penilai swasta bagi pihak Semantan Estate.Beliau berkata, penilai swasta itu meletakkan nilai tanah berkenaan sebanyak RM2.62 juta, berbanding RM1.39 juta yang telah dibayar kerajaan.Beliau berkata, dua penilaian yang dibuat menggunakan keluasan tanah berbeza iaitu penilaian pertama sebanyak 81.24 hektar (200.75 ekar) manakala penilaian kedua ialah 106.542 hektar (263.272 ekar).Semasa pemeriksaan balas oleh peguam, Ira Biswas yang mewakili Semantan Estate selaku plaintif, Tat Khuan turut mengakui tidak dapat mengesahkan secara bebas sekatan pembangunan yang terpakai ke atas tanah itu pada 1956.Beliau berkata, ini kerana rekod perancangan asal tidak dapat ditemukan.Ira mempersoalkan pergantungan Tat Khuan terhadap laporan penilaian terdahulu yang disediakan dua penilai lain, iaitu AA Wragg dan AIG Harding.Tat Khuan bersetuju bahawa, beliau tidak mengemukakan dokumen perancangan asal untuk mengesahkan sekatan secara bebas.Beliau berkata, semakan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) juga gagal menemukan rekod perancangan bagi tahun 1956.Bagaimanapun, Tat Khuan menegaskan laporan terdahulu itu boleh dipercayai kerana kedua-dua penilai berkenaan telah membuat semakan pada masa itu dan memperoleh dapatan yang konsisten.Hakim, Roslan Mat Nor kemudian bertanya sama ada laporan berkenaan berkemungkinan mengandungi kesilapan.Tat Khuan menjawab bahawa beliau tidak menyatakan laporan itu 100 peratus tepat, namun berpandangan ia masih boleh dijadikan sandaran.Beliau kemudian tidak bersetuju dengan cadangan Ira bahawa laporan berkenaan merupakan keterangan dengar cakap."Walaupun maklumat perancangan itu tidak dapat disahkan melalui rekod asal, namun laporan terdahulu berkenaan digunakan sebagai rujukan dalam menyediakan penilaiannya sendiri," katanya.Perbicaraan bersambung pada 23 November depan.Pada tahun 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap Kerajaan, mendakwa berlaku penceroboh