Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, kerajaan terlebih bayar pampasan antara RM400,000 hingga RM500,000 kepada Semantan Estate (1952) Sdn Bhd bagi pengambilan tanah seluas 263.272 ekar (106.5 hektar) dikenali sebagai Enklaf Duta pada 1956.
Penolong Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan, Tan Tat Khuan berkata, berdasarkan penilaian dilakukannya, beliau mencadangkan dua nilai pampasan iaitu RM875,000 dan RM985,000.
Saksi tunggal kerajaan selaku defendan itu berkata, perbezaan nilai berkenaan berpunca daripada keluasan tanah yang digunakan sebagai asas penilaian termasuk kawasan yang dipertikaikan, iaitu 263.272 ekar (106.54 hektar).
"Sekiranya mahkamah bersetuju dengan pengiraan saya iaitu RM875,000, tiada tambahan pampasan perlu dibayar kepada Semantan Estate.








