PENGENDALI Selangor, Kim Pan-gon memberikan amaran buat barisan pemainnya supaya tidak terlalu mengambil mudah cabaran ketika berdepan lawan yang berada di kedudukan lebih bawah.
Selepas menerima aib tewas 2-3 kepada Star City pada suku akhir kedua Piala FA Ahad lalu, The Red Giants harus segera bangkit bagi mengelak kekalahan kedua berturut-turut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Jurulatih dari Korea Selatan itu menuntut aksi lebih garang daripada pemainnya selain mengharapkan tiga mata menjelang perlawanan kelima Liga Super menentang Penang FC malam ini.
“Kami dihukum (Star City), kami mencipta banyak peluang, namun saya fikir kami terlalu ambil mudah. Ini menjadi pengajaran berguna buat kami kerana jika tidak mampu menghasilkan jaringan, sudah pasti kami akan dihukum.










