SELEPAS kejayaan merangkul pelbagai pujian menerusi filem La Luna dan Badak, pengarah berbakat besar M Raihan Halim bakal kembali menemui peminat menerusi naskhah terbaharunya berjudul Goreng!.

Filem aksi komedi yang menampilkan gandingan mantap barisan pelakon popular seperti Nadhir Nasar, Sky Iskandar, Chech Harith, Tony Eusoff dan Amelia Henderson itu kini rancak menjalani proses penggambaran.

Bagi Raihan, filem Goreng! membawakan warna dan rasa yang tersendiri kerana ia dibina berteraskan plot berbeza dengan naskhah Badak yang lebih berfokus kepada pembangunan watak.

"Filem Goreng! ini lebih dekat pendekatannya dengan La Luna. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menterjemahkan karya ini adalah dorongan untuk menunjukkan semangat dan kesibukan warga Kuala Lumpur.