LONDON: Frank Lampard mungkin menemui azimat bertuahnya apabila Coventry City mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk membelasah Newcastle United 4-1, minggu lalu.

Kemenangan itu hadir selepas Coventry menewaskan Nottingham Forest 1-0 sebelum rehat antarabangsa, sekali gus mencetuskan perhatian terhadap koleksi jam tangan mewah yang dipakai pengurus itu pada hari perlawanan.

Ketika menentang Forest dan Newcastle, Lampard memakai Patek Philippe Grand Complications 5316/50P-001 yang dianggarkan bernilai 879,490 pound (RM4.8 juta), jam tangan termahal yang diperagakannya musim ini.

Sebelum itu, bekas pemain England berkenaan memakai Patek Philippe Nautilus Chronograph bernilai 196,560 pound (RM1.06 juta) ketika Coventry tewas 0-3 kepada Arsenal dalam aksi pembukaan liga.