DITUBUHKAN pada 2001, UKM Specialist Centre (UKMSC) pada awalnya bermula dengan 30 orang pakar perubatan dan kini berkembang sebagai sebuah penyedia perkhidmatan kesihatan tertiari dengan 157 orang pakar perubatan merangkumi lebih 40 subkepakaran.
Baru-baru ini UKMSC menyambut Jubli Perak sebagai menghargai perjalanan 25 tahun pusat penjagaan kesihatan itu memberi khidmat kepada masyarakat bersama insan-insan penting yang membentuk organisasi tersebut dan juga para pesakit.
Pencapaian itu bukan sekadar angka tetapi mengenai insan yang menjadi tulang belakang kepada perjalanan UKMSC.
Sehubungan itu, bersempena sambutan ulang tahun ke-25 ini, UKMSC turut memberikan penghargaan kepada kakitangan yang sudah lama berkhidmat di samping m








