KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap adik perempuannya yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Machang dekat sini pada Disember dan April lalu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh bahagian badan seorang kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 16 tahun 11 bulan dan 17 tahun dua bulan.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Air Belaga, Banggol Judah dekat Machang kira-kira pukul 8 malam hingga 9 malam pada Disember 2025 dan April 2026.