KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 26 Oktober bagi pendengaran permohonan komital seorang lelaki yang didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah supaya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar.
Permohonan komital itu berkaitan kes saman fitnah usahawan fesyen yang juga pempengaruh media sosial, Christy Ng dan syarikatnya Christy Ng Sdn Bhd terhadap terhadap J Vikneshvra Rau sebagai defendan.
Hakim Arziah Mohamed Apandi menetapkan tarikh itu selepas defendan gagal menghadirkan diri ke prosiding di mahkamah hari ini.
Semasa prosiding hari ini peguam Foong Cheng Leong yang mewakili plantif memberitahu mahkamah bahawa beli








