KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, masing-masing 172.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), di Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 167, diikuti Klang (164) dan Banting (160).Di Kuala Lumpur, selain Batu Muda, Cheras turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu 165, manakala Putrajaya (162).Johor merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Larkin (157), Pasir Gudang (156), Kota Tinggi (153), Kluang (152), Pengerang (151), Batu Pahat (143) dan Tangkak (142).Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan (166), Seremban (160) dan Port Dickson (151) manakala di Melaka, kawasan Bukit Rambai merekodkan bacaan 163, diikuti Alor Gajah (155) dan Bandaraya Melaka (153).Bagi Pahang, Rompin mencatatkan bacaan IPU 152, Balok Baru, Kuantan (151), Jerantut (136), Indera Mahkota (115) dan Temerloh (104).Di Perak, Tasik Ipoh merekodkan bacaan 155 dan Pegoh Ipoh (151), manakala di Terengganu, Paka mencatatkan bacaan 156 dan Kemaman (101).Sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama
30 kawasan catat IPU tidak sihat setakat jam 9 pagi

Key takeaways
30 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU tidak sihat pada jam 9 pagi, dengan Batu Muda dan Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi.
- Batu Muda dan Johan Setia mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 172.
- Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai beberapa kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat.
- Sebanyak 31 kawasan mencatatkan IPU pada tahap sederhana.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Utusan Malaysia , Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 28 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 3 petang
- Utusan Malaysia 38 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 2 petang
- Malaysiakini (BM) 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Sinar Harian 30 kawasan catat IPU tidak sihat setakat jam 9 pagi (this story)





