KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat sedikit dalam dagangan awal pada Selasa walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya lebih perlahan.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.36 mata atau 0.02 peratus kepada 1,596.11 berbanding 1,595.75 semasa ditutup pada Isnin. Indeks itu dibuka rendah 3.18 mata kepada 1,592.57.
Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 201 berbanding 156 manakala 302 kaunter tidak berubah, 2,181 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 180.64 juta unit bernilai RM90.02 juta.









