BUTTERWORTH : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti rancangan pelaksanaan Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) untuk warga emas seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027, tempoh hari.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini, perbincangan lanjut sedang dijalankan bersama pihak kerajaan di kedua-dua negeri yang terlibat iaitu Sarawak dan Pulau Pinang.

“Perkhidmatan ini (NICE) mungkin dikendalikan oleh pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jadi, apabila diumumkan dalam Belanjawan 2027 yang lalu, maka, KPWKM perlu meninjau perkara ini terlebih dahulu dan berbincang dengan kedua-dua negeri ini mengenai pelaksanaannya.