Ketua Pengarah AKPS Shuhaily Zain dituduh sengaja mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota polis di KLIA susulan rakaman tular, baru-baru ini.PETALING JAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Shuhaily Zain akan dituduh esok berhubung dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota polis di KLIA.
Peguam Negara Dusuki Mokhtar ketika mengesahkan perkara itu, berkata Shuhaily bakal berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
"Beliau akan berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang," katanya ketika dihubungi.
Kes berkenaan tular selepas rakaman litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan Shuhaily bersemuka seorang individu di Terminal 1 KLIA.








