GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di 13 Kampung di Pos Bihai di sini memohon bantuan kerajaan untuk membaik pulih dan membina rumah baharu selepas kediaman dihuni mereka sejak lebih 20 tahun lalu kini semakin usang.
Penduduk mendakwa kediaman yang dibina kerajaan sekitar tahun 2004 dan 2005 itu semakin uzur dan mengalami pelbagai kerosakan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Tendrik, Apek Asud, berkata sebahagian rumah dibina kerajaan antara 2004 dan 2005 itu kini mengalami pelbagai kerosakan dan memerlukan pembaikan serta pembinaan semula.
Katanya, masalah itu membabitkan kediaman di 13 kampung, yang ada bumbungnya pecah, zink tercabut dan berkarat serta struktur rumah yang semakin reput.







/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)
