KUALA LUMPUR: Populariti mungkin menjadi impian ramai anak seni, namun bagi penyanyi dan pelakon, Hakim Khan, 25, karya yang mampu menyentuh hati penonton dan pendengar lebih bermakna dalam menentukan kelangsungan perjalanan seninya.

Finalis Hero Remaja 2023 itu mengakui perhatian khalayak terhadap hasil kerja sememangnya sesuatu yang diharapkan setiap pengkarya, namun dia tidak mahu menjadikan populariti sebagai matlamat utama.

Sebaliknya, Hakim mahu terus menghasilkan karya yang jujur dan dekat dengan hati kerana percaya sesuatu yang lahir daripada keikhlasan akhirnya mampu menemukan jalannya kepada khalayak.

"Saya bukanlah tidak kisah langsung mengenai populariti. Sudah tentu sebagai pengkarya kita mahu menghasilkan produk yang bagus dan teringin melihat karya itu disambut orang ramai.