TUARAN: Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di negeri ini tidak mematahkan semangat pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 4/2026 hadir melapor diri di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Gayang, di sini hari ini.
Malah, ada yang sanggup memulakan perjalanan seawal jam 2 pagi dan ada juga sanggup berhenti kerja demi tidak melepaskan peluang menyertai program itu.
Bagi gadis dari Kinarut, Papar, Norida Chen, 18, dia sanggup meninggalkan pekerjaan sebagai kakitangan sebuah syarikat kurier demi mendapatkan pengalaman baharu menerusi PLKN 3.0.
Katanya, pada awalnya dia terkejut apabila menerima tawaran menyertai PLKN, namun selepas menonton beberapa rakaman video lama berkait program itu di YouTube, perasaan teruja mula timbul dan mendorongnya mencuba.







/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)
