PETALING JAYA – Gelagat orang ramai menggunakan botol air sebagai penanda giliran ketika beratur menunggu bas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Asia Jaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran pengguna Threads @irdinameria, situasi itu mencuit hati orang ramai yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai satu gelagat unik rakyat Malaysia.

“Comelnya semua beratur guna botol air. Very Malaysian (sangat rakyat Malaysia),” tulisnya.

Perkongsian itu, mengingatkan netizen kepada kebiasaan pelajar asrama menggunakan baldi untuk menandakan giliran ketika menggunakan bilik air.