PETALING JAYA – Aliran trafik menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dilaporkan sesak teruk ketika ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @Izadiskandar berkata, kesesakan tersebut ekoran pertambahan kenderaan menuju ke SIC dan KLIA.

“Sesak teruk ke F1 circuit (litar F1) , Mitsui dan ke KLIA. Kasihannya orang nak kejar flight (penerbangan),”tulisnya.

Berdasarkan klip video yang dikongsi pengguna tersebut, kesesakan itu bermula dari Plaza Tol KLIA menghala ke SIC dan KLIA.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi situasi sama.