Kuala Lumpur: Kegiatan Geng Aying dipercayai mencuri motosikal sebelum meleraikan komponennya untuk dijual, manakala rangkanya dibuang bagi menghapuskan bukti, terbongkar susulan penahanan seorang lelaki di Kajang, Selangor, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam, berkata suspek berusia 26 tahun yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau dipercayai terbabit dalam kegiatan itu bersama beberapa rakannya.

Beliau berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan D4, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di tepi Jalan Sungai Jelok, Kajang, kira-kira jam 12 tengah hari pada 16 Oktober lalu.

"Susulan penahanan itu, polis merampas lapan rangka motosikal dalam keadaan tidak sempurna serta dua set lengkap panel badan motosikal.