PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) menafikan dakwaan bahawa pihaknya merancang untuk menswastakan CIMB Niaga.
Menurut kenyataannya, kumpulan tidak membuat sebarang keputusan atau mengemukakan cadangan rasmi berhubung kemungkinan penswastaan CIMB Niaga.
“CIMB Niaga kekal sebagai bahagian penting dalam kehadiran serantau kumpulan dan terus komited terhadap operasinya di Indonesia.
“Kumpulan akan terus mematuhi semua garis panduan kawal selia yang terpakai, termasuk keperluan pegangan saham awam minimum, dalam tempoh yang ditetapkan dan secara terancang,” katanya dalam kenyataan.









