PETALING JAYA: Kerian Industrial City (KIC) di Dennistown, Perak dijangka mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan menerusi pembangunan kawasan perindustrian seluas 116.14 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM700 juta.
Pembangunan itu dijangka membuka ruang kepada kemasukan pelaburan baharu, selain menyediakan peluang kepada pengusaha industri, penyedia perkhidmatan sokongan dan perusahaan tempatan untuk mengembangkan operasi di daerah Kerian.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembangunan KIC merupakan antara langkah strategik untuk memperkukuh kapasiti ekonomi Kerian dengan memperluas aktiviti daripada sektor pertanian kepada industri bernilai tinggi.
Menurut beliau, pembangunan tersebut juga perlu memastikan pertumbuhan sektor perindustrian memberi manfaat secara langsung kepada penduduk dan perusahaan tempatan.






