LONDON: Legenda Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan pemain kelab itu sebagai pentingkan diri dan berkelakuan seperti budak-budak selepas kapten pasukan, Bruno Fernandes mempersoalkan taktikal barisan kejurulatihan susulan kekalahan memalukan 1-4 kepada Como dalam aksi Liga Juara-Juara, semalam.

Fernandes mendakwa United gagal memberikan tekanan secukupnya dan menunjukkan "mentaliti kekalahan" selepas dibolosi seawal minit kedua, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengurus, Michael Carrick.

Kekalahan besar itu menyaksikan United sekali lagi berdepan kritikan selepas hanya mampu merapatkan jurang menerusi gol Joshua Zirkzee pada masa kecederaan.

Kritikan Rooney hadir ketika tanda-tanda ketegangan dalam skuad semakin ketara.