TURIN: Juventus kehilangan mata pertama kempen Liga Europa selepas terpaksa bangkit untuk mengikat Rennes 2-2, namun keputusan itu tidak menghalang beberapa pencabar lain meneruskan rekod kemenangan sempurna dalam saingan berkenaan, awal pagi tadi.

Benfica merampas kedudukan teratas liga selepas membelasah Omonia 4-1 di Cyprus, manakala Bayer Leverkusen turut mengumpul sembilan mata hasil kemenangan 2-0 ke atas OFI Crete.

Bournemouth juga meneruskan permulaan cemerlang apabila menewaskan AC Milan 3-0, manakala Olympiacos dan Ferencvaros masing-masing mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menundukkan Sparta Prague 1-0 dan Torreense 4-1.

Di Turin, Zeki Celik meletakkan Juventus di depan seawal minit kelima, tetapi Rennes menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi jaringan Musa Al-Taamari.