RIJEKA: Luka Modric mengakui berasa malu dengan persembahan Croatia selepas mereka dibelasah England 7-0 di Rijeka, kekalahan terbesar dalam sejarah pasukan itu.

Kekalahan terbesar Croatia sebelum ini ialah tunduk 0-6 kepada Sepanyol pada 2018 dan Modric yang menjadi pemain dengan penampilan terbanyak bersama Croatia berkata, cara pasukannya tewas kepada England adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Amat sukar untuk mencari penjelasan bagi persembahan seperti ini tanpa perebutan bola, kekasaran, agresif, semangat berpasukan... Saya sudah berada di sini selama 20 tahun, tetapi buat kali pertama saya berasa malu selepas satu perlawanan," katanya kepada Jutarnji.

"Anda boleh kalah atau berdepan lawan yang lebih baik dan mereka memang lebih baik ketika ini. Namun, dalam apa jua keadaan, kalah dengan cara begini dan mensia-siakan reputasi yang dibina selama bertahun-tahun adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.