Rijeka: Luka Modric mengakui berasa malu selepas Croatia mengalami kekalahan paling besar dalam sejarah pasukan itu apabila dibelasah England 0-7 dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah, semalam.
Kekalahan di Rijeka itu mengatasi rekod buruk sebelum ini iaitu kekalahan 0-6 kepada Sepanyol pada 2018.
Modric, 41, yang juga pemain paling banyak membuat penampilan untuk Croatia, menyifatkan persembahan pasukannya sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima selepas mereka gagal menunjukkan semangat juang ketika berdepan England.
"Sudah 20 tahun saya berada di sini, tetapi buat kali pertama saya berasa malu selepas satu perlawanan.
"Anda boleh kalah atau berdepan lawan yang lebih baik dan mereka memang lebih baik ketika ini. Tetapi kalah dengan cara begini dan mensia-siakan reputasi yang kita bina selama ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada Jutarnji.










