am@hmetro.com.my

MAKAN Malam Amal Legends yang menghimpunkan penggiat seni dan artis tempatan kembali ke Sabah buat kali kedua bagi mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Memasuki siri kelima, acara ini bakal berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 6 November ini sebagai usaha membantu karyawan dan penggiat industri seni yang memerlukan.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata, membantu karyawan seni perlu dilihat sebagai tanggungjawab bersama kerana industri seni dibangunkan oleh ramai individu.

"Industri seni bukan hanya terdiri daripada mereka yang berada di atas pentas. Di belakang setiap persembahan ada begitu ramai karyawan yang bekerja keras daripada pemuzik, kru teknikal, penulis, penerbit, pekerja produksi sehinggalah mereka yang berada di belakang tabir.