DERUMAN enjin, cabaran menjerit ‘STINGGGGG!’ dan pengalaman berinspirasikan Formula 1®️ (F1) memeriahkan kehadiran STING Energy Boost™️ di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sepanjang tiga hari lalu.Sebagai Rakan Rasmi Formula 1®️, STING daripada PepsiCo buat julung kalinya membawa aktivasi berskala besar berkaitan sukan permotoran itu ke Malaysia menerusi kempen "F1®️ Sounds Like STING".Kempen berkenaan memberi peluang kepada peminat merasai sendiri kemeriahan Formula 1®️ menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang menggabungkan elemen bunyi, kelajuan dan tenaga.Antara tarikan utama ialah Sting Speed Rush, permainan yang membolehkan pengunjung menghidupkan ‘enjin’ kereta lumba dengan laungan ‘STINGGGG!’ paling kuat.Bagi yang gemar mencuba sesuatu yang mencabar, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti ‘Longest STINGGGGGG’ bagi menguji ketahanan nafas masing-masing.Tidak ketinggalan, peminat boleh mengabadikan pengalaman mereka di ruang foto berinspirasikan perlumbaan selain menikmati sesi pemberian sampel produk sepanjang aktivasi berlangsung.Ketua Francais Malaysia dan Singapura PepsiCo, Joy Goh berkata, kehadiran STING di sekitar litar turut membolehkan peminat menikmati produk PepsiCo dengan lebih mudah sepanjang hujung minggu perlumbaan."Dengan sokongan rakan F&B dan vendor kami di Litar Antarabangsa Sepang, para peminat boleh menikmati STING serta jenama PepsiCo yang lain sepanjang hujung minggu perlumbaan," katanya.Menurutnya, inisiatif itu turut memberi peluang kepada STING memperkukuh kehadirannya di litar, di samping membantu rakan niaga menyediakan pengalaman lebih menarik kepada pengunjung.Sementara itu, Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura PepsiCo, Jennifer Lee berkata, kempen "F1®️ Sounds Like STING" direka untuk meraikan bunyi, kelajuan dan keterujaan yang sinonim dengan Formula 1®️."Daripada cabaran ‘Longest STINGGGGGG’ hinggalah pengalaman yang direka untuk menaikkan semangat peminat sebelum mereka tiba di Sepang, kami mahu memastikan kemeriahan Formula 1®️ terus dirasai sepanjang musim," katanya.Kerjasama STING dengan Formula 1®️ di Malaysia adalah sebahagian daripada kerjasama global berbilang tahun antara PepsiCo dan Formula 1®️, yang turut menyaksikan jenama itu menjadi rakan rasmi di Singapura.Di Singapura, STING turut memeriahkan musim perlumbaan menerusi pek F1®️ edisi terhad serta lagu tema berinspirasikan F1®️, "The Sting Within Me", yang dihasilkan bersama DJ dan penerbit muzik antarabangsa, Alan Walker.Maklumat lanjut mengenai aktivasi STING di Malaysia dan Singapura akan diumumkan sepanjang musim perlumbaan, manakala peminat boleh mengikuti perkembangan terkini menerusi saluran rasmi STING Malaysia.
Reruai STING hangatkan F1 di Litar Antarabangsa Sepang

Key takeaways
STING Energy Boost held a large-scale activation event at the Sepang International Circuit, featuring Formula 1 activities and interactive experiences.
- STING Energy Boost is a PepsiCo brand.
- The event was part of the 'F1 Sounds Like STING' campaign.
- The campaign included activities such as Sting Speed Rush and Longest STINGGGGGG.
- PepsiCo products were available for sampling during the event.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Harga makanan di litar Sepang sejajar acara antarabangsa
- Utusan Malaysia Minuman tenaga Sting lancar kempen F1 pertama di Malaysia
- Berita Harian Litar F1 Sepang kembali meriah selepas 9 tahun
- Sinar Harian Reruai STING hangatkan F1 di Litar Antarabangsa Sepang (this story)








