Kuala Lumpur: AEON Bank, memperkenalkan ciri Financial Purr-Sona yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pelanggan memahami tabiat kewangan serta memperbaiki pengurusan wang menerusi aplikasi perbankan digitalnya.

Ciri baharu yang ditawarkan secara percuma itu dikuasakan oleh Neko Sensei, mentor kewangan peribadi berasaskan AI yang menganalisis aktiviti pelanggan dalam aplikasi AEON Bank untuk memberikan panduan pengurusan kewangan mengikut keperluan masing-masing.

AEON Bank dalam kenyataannya berkata, analisis itu merangkumi empat aspek utama iaitu simpanan, perbelanjaan, perancangan kewangan serta pembayaran pembiayaan atau komitmen yang perlu dijelaskan.

Berdasarkan analisis berkenaan, pelanggan akan diberikan satu daripada empat persona kewangan iaitu Tauke Tabung, Planner Pro Max, Boss Anti-bazir dan Hutang Slayer.