KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menghadiri Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini kerana kurang sihat.
Key takeaways
Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di KLCC akibat masalah kesihatan. Anak lelakinya, Tan Sri Mokhzani, telah membacakan ucaptama bagi pihak beliau.
- Tan Sri Mokhzani membacakan ucaptama bagi pihak bapanya di forum tersebut.
- Tun Mahathir mengakui tahap kesihatannya belum pulih sepenuhnya kebelakangan ini.
- Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR – ”Beliau sudah bekerja keras menyiapkan ucapan ini dan mahu menyampaikannya sendiri, namun malangnya keadaan kesihatannya tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.”
Demikian kata Tan Sri Mokhzani berhubung ketidakhadiran bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Mokhzani berkata, beliau berasa amat bersyukur dan berbesar hati kerana Dr. Mahathir memintanya membacakan ucaptama tersebut bagi pihak bapanya.
Menerusi teks ucapan yang dibacakan, Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu turut memohon maaf kepada hadirin kerana tidak hadir dan mengakui tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.