KUALA LUMPUR: Beberapa syor dasar dikenal pasti dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) dalam masa terdekat.
Ia bagi proses penelitian dan mendapatkan maklum balas lanjut sebelum RUU berkenaan dimuktamadkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menganjurkan Konvensyen Pendanaan Politik 2026 pada 8 September lalu.
"Konvensyen itu diadakan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) bagi membentangkan dapatan kajian serta mendapatkan pandangan lanjut pihak berkepentingan.








