KUALA LUMPUR - Hanya 33 bengkel dan penyedia perkhidmatan diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang peranti pengehad kelajuan (SLD) secara retrofit setakat 26 Oktober lalu.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah bengkel yang diberi kuasa itu tidak mencukupi memandangkan lebih 200,000 kenderaan memerlukan pemasangan tersebut."Ini antara punca mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan penguatkuasaan penuh."Kita mengalu-alukan lebih banyak bengkel untuk menjadi pusat yang diperakui JPJ bagi menyediakan perkhidmatan pemasangan retrofit," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.Pada 30 Jun lalu, Kementerian Pengangkutan (MOT) menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan penuh terhadap keperluan pemasangan dan pematuhan SLD bagi kenderaan perdagangan untuk memberi ruang kepada industri melengkapkan proses pematuhan secara lebih teratur.Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas industri khususnya daripada syarikat pengendali kenderaan perdagangan yang mempunyai jumlah kenderaan besar dan masih dalam proses menjadualkan pemasangan SLD secara retrofit.Dalam pada itu Anthony menjelaskan, antara cabaran membabitkan pemasangan tambahan SLD adalah ketidakserasian sesetengah model dengan peranti berkenaan, selain pengeluar asal tidak dapat menyediakan sokongan teknikal diperlukan."Selain itu, kapasiti pemasangan dengan pihak yang mengesahkan fungsi SLD perlu diperluaskan bagi menampung jumlah kenderaan yang terbabit," jelasnya.Sementara itu beliau turut memaklumkan, MOT sedang memuktamadkan kerangka perundangan berkaitan pemasangan, pengesahan dan penguatkuasaan SLD.Jelas beliau, penguatkuasaan sepenuhnya hanya akan dilaksanakan selepas kerangka perundangan tersebut diwartakan dan semua perincian pelaksanaan diselesaikan."Tarikh penguatkuasaan sepenuhnya akan dimaklumkan kepada pihak industri lebih awal selepas semua perkara ini dimuktamadkan," katanya.
Lebih 200,000 kenderaan perlu SLD, JPJ hanya iktiraf 33 bengkel

Key takeaways
Hanya 33 bengkel diiktiraf JPJ untuk memasang peranti pengehad kelajuan (SLD) secara retrofit, sedangkan lebih 200,000 kenderaan memerlukan pemasangan tersebut. Keadaan ini menjadi antara punca kerajaan menangguhkan penguatkuasaan penuh keperluan SLD bagi kenderaan perdagangan.
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan jumlah bengkel diiktiraf JPJ tidak mencukupi untuk menampung keperluan lebih 200,000 kenderaan.
- Penguatkuasaan penuh SLD ditangguhkan pada 30 Jun lepas bagi memberi ruang kepada industri melengkapkan proses pematuhan secara teratur.
- Cabaran utama termasuk ketidakserasian sesetengah model kenderaan dengan peranti SLD serta ketiadaan sokongan teknikal daripada pengeluar asal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro 2 remaja cedera, motosikal rempuh kenderaan JPJ
- Sinar Harian Lebih 200,000 kenderaan perlu SLD, JPJ hanya iktiraf 33 bengkel (this story)








