Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AG) wajar diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab dalam siasatan kes dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Key takeaways
NGO Profesional Muda meminta SPRM dan Peguam Negara menjelaskan status siasatan dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion yang melibatkan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Mereka menekankan keperluan ketelusan dan penilaian menyeluruh terhadap tadbir urus pelaburan tersebut.
- NGO Profesional Muda mendesak SPRM dan Peguam Negara memberikan penjelasan rasmi mengenai status siasatan kes pelaburan RM1.1 bilion.
- Dr. Azizi Azizan menegaskan isu ini perlu dinilai dari segi tadbir urus dan pulangan negara, bukan sekadar persaingan politik.
- Kerajaan disarankan berkongsi maklumat perkembangan kerjasama strategik tersebut untuk memperkukuh keyakinan masyarakat.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AG) wajar diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab dalam siasatan kes dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Naib Presiden NGO Profesional Muda, Dr. Azizi Azizan berkata, sebarang penjelasan rasmi yang bersesuaian mengenai status proses berkaitan akan membantu memperkukuh keyakinan masyarakat.
Menurut beliau, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan, manfaat dan pencapaian kerjasama strategik tersebut supaya perbincangan awam tidak hanya tertumpu kepada aspek siasatan, tetapi menilai keberkesanan dasar ekonomi negara.