JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang mendalangi sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along ditahan kerana terbabit 16 kes ugutan jenayah dan khianat menggunakan cat serta api di sekitar daerah ini dan Kluang.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata suspek ditahan di sekitar daerah ini pada 8 Oktober lalu.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek mula aktif melakukan kegiatan itu sejak September dengan modus operandi menyimbah cat, menggunakan api serta menampal notis ugutan di rumah mangsa.
"Suspek menerima upah antara RM200 hingga RM400 bagi setiap perbuatan khianat.









